Thursday 8 December 2011

cintailah kerana AGAMAnya.......


The story  is………..
Gadis : Kenapa awak ikut saya ni ?
Lelaki : Saya tak tahu.. Awak cantik sangat.. Saya rasa , saya dah cintakan awak,
Gadis : Hmm , awak tak jumpa lagi kawan saya , dia lagi cantik dari saya..
Lelaki : Hmm ?
Gadis : Dia ada di belakang awak...
Lelaki : *pusing* Tak ada siapa pon.. 
Gadis : Kalau awak betul2 cintakan saya , tak mungkin awak akan pusing !

Kesimpulannya     cintailah seseorang itu seadanya & bukan kerna paras rupa, kalau muka ja cantik or ensem tapi agama tak der,perangai pun entah apa2 jer kan….memang menyakitkan hati….jadi pilihlah pasangan  kerana agamanya…

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:"Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, kerana boleh jadi mereka akan merugikan. Dan jangan kerana hartanya, kerana boleh jadi mereka akan mendurhakai. tetapi kahwinlah kerana agamanya. Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam yang pecah hidungnya tapi beragama adalah lebih baik."Baginda bersabda lagi yang maksudnya:"Barangsiapa berkahwin akan perempuan kerana hartanya dan elok rupanya nescaya diharamkan akan hartanya dan elok rupanya yakni ditegahkan akan hartanya dan eloknya, dan barangsiapa yang berkahwin akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah swt akan dia akan hartanya dan eloknya.
"Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa Rasulullah saw menegaskan kepada kaum lelaki supaya memilih calun isteri orang yang beragama serta berakhlak mulia, kerana bila isteri itu kuat beribadah akan membuahkan akhlak yang mulia maka rezeki dan hartanya dimurahkan Allah swt.


No comments:

Post a Comment